Perkhemahan Pengakap Daerah Seremban

Pada 14 hingga 16 Mei yang lalu, pasukan pengakap SKTRJ telah menghantar wakil untuk perkhemahan Daerah Seremban 2010 yang dijalankan di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Kuala Pilah. Beberapa kejayaan telah diperoleh oleh wakil SKTRJ dalam beberapa pertandingan sepeti khemah terbaik dan pintu gerbang terbaik. Puan Guru Besar telah menyampaikan sijil penghargaan kepada murid tersebut pada perhimpunan yang lalu.
Muhd Amir Irfan bin Abd Kadir menerima sijil khemah terbersih dan pintu gerbang kreatif.

Nesanraj menerima sijil persembahan tarian tradisional.

Muhd Dzarif bin Dzulkefli menerima sijil khemah dan pintu gerbang terbaik.

Tahniah!!

Dua murid SKTRJ telah mengharumkan nama sekolah setelah menjadi sebahagian watak penting dalan dua sukan yang diwakili iaitu bola sepak dan bola baling. Adik Iskandar dari Tahun 6 Cekap telah mewakili pasukan bola sepak Seremban 2 telah meraih Johan dalam Pertandingan Bola Sepak MSS Negeri Sembilan yang telah dijalankan di Bahau pada 10 hingga 13 Mei yang lepas. Manakala adik Fatima Husna bt Abd Jabbar dari Tahun 6 Bestari telah membantu pasukan bola baling Seremban 2 menjadi Johan dalam Pertandingan Bola Baling MSS Negeri Sembilan yang telah dilansungkan di SM Agama Pedas pada 12 dan 13 Mei yang lalu. Tahniah kepada mereka berdua.
Fatima Husna bt Abd Jabbar

Perubahan Jadual Aktiviti Kokurikulum

Bermula dari 22 Mac 2010, jadual kokurikulum adalah seperti berikut:

Hari Selasa = Permainan sukan mula jam 7:45 pagi - 8:45 pagi (Tahun 4,5,6)

Hari Rabu = Uniform berselang seli dengan Persatuan
1:05 tengah hari - 2:05 petang (Tahun 3) -murid Thn 3 akan balik jam 2:05 petang
2:05 petang - 3:05 petang (Tahun 4,5,6)

Sambutan Hari Puteri Islam Peringkat Seremban 2010

Pada 24 Mac 2010 yang lepas, SKTRJ telah menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Puteri Islam 2010 Daerah Seremban. Pelbagai acara telah dijalankan seperti pertandingan catur, tilawah Al-Quran dan sebagainya. Murid SKTRJ telah meraih beberapa kemenangan daripada acara-acara yang dipertandingkan itu. Seorang murid juga telah cemerlang dengan menerima gelaran itu Tokoh Puteri bongsu Cemerlang (Sekolah Rendah) Daerah Seremban 2010. Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Humairah bt Daud atas kejayaan itu.Puan Siti Amrah menyampaikan hadiah dan sijil kepada adik Nurul Humairah.

TAHNIAH !!!




Setinggi tahniah kepada adik Mohd Talha Lokman yang telah mengharumkan nama SKTRJ kerana meraih Naib Johan dalam Kejohanan Golf MSSM Negeri Sembilan 2010. Kejohanan ini telah berlangsung di Kelab Golf Di Raja Seri Menanti. Murid Tahun 6 ini satu-satunya wakil tunggal SKTRJ dalam kejohanan ini dan kejayaan ini adalah hasil usaha Talha yang telah mula mewakili sekolah sejak dari Tahun 3 lagi. Tahniah kepada keluarga beliau yang memberikan sokongan.


Golf MSSMNS

Tarikh : 23/24 Februari 2010
Tempat : Kelab Golf Di Raja Seri Menanti
Masa : 7.00 pagi

SKTRJ akan diwakili oleh adik Mohd Talha Lokman dalam kejohanan ini. Sama-sama kita doakan semoga beliau akan memperolehi kejayaan. Go SKTRJ!!!

Pertandingan Bercerita &Mengarang Bahasa Melayu

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

Tarikh : 10 Februari 2010
Tempat : SK Nyatoh
Peserta : Adik Nurul Humairah bt Daud (Tahap 2)
: Adik Halimatun Humairah (Tahap 1)

Pertandingan Mengarang Bahasa Melayu

Tarikh : 10 Februari 2010
Tempat : SK Taman Tuanku Jaafar 2
Peserta :Adik Nurul Mardiah bt Daud (Tahap 2)
: Adik Muhd Danial bin Hasin (Tahap 1)

Walaupun sekadar memperolehi sijil penyertaan,semangat untuk mewakili sekolah amat dibanggakan.Tahniah kepada peserta-peserta dan guru yang terlibat.